eBook: Kunci Masyarakat Pencipta icon

eBook: Kunci Masyarakat Pencipta

1.0 · Feb 02, 2021

Download eBook: Kunci Masyarakat Pencipta APK for Android - Free - Latest Version

qr

Latest Version

Version1.0 (1000003)
UpdatedFeb 02, 2021
DeveloperReal Leaders Solutions
IDcom.realleaderssolutions.kuncimasyarakatpencipta
Installs5+
CategoryApps, Books & Reference

eBook: Kunci Masyarakat Pencipta app

eBook Kunci Masyarakat Pencipta oleh Dr Ruzaimi Mat Rani.

Masa itu emas!

Alhamdulillah, saya bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang untuk mengarang manuskrip ini. Ilmu ini adalah pinjaman daripadaNya untuk saya berkongsi kepada masyarakat. Saya hanya seorang insan kerdil daripada berjuta-juta insan yang cuba merobah masyarakat daripada ‘Masyarakat Pengguna’ kepada ‘Masyarakat Pencipta’. Walaupun saya sedar proses ini akan mengambil masa yang lama untuk dicapai namun memulakan langkah awal amat perlu untuk mencapai matlamat tersebut.

Mengguna teknologi dan mencipta teknologi adalah dua perkara yang amat berbeza impaknya. Adakah anda percaya teknologi paling maju yang dicipta bermula daripada contengan lakaran di atas sehelai kertas?. Untuk menjadi ‘Masyarakat Pencipta’ kita juga perlu bermula dengan kemahiran melakar daripada imaginasi atau Freehand Visualization Skills (FVS). Sekiranya kita mampu mencipta teknologi yang baik, kita boleh membantu merobah kehidupan masyarakat. Kita akan menjadi sebahagian daripada ‘Masyarakat Pencipta’.

Objektif manuskrip ini ditulis agar masyarakat lebih mudah memahami dan menguasai Freehand Visualization Skills (FVS), asas terpenting dalam komunikasi visual yang perlu dikuasai pada abad ini. Kemahiran ini adalah kunci kepada ‘Masyarakat Pencipta’. manuskrip ini berkisar kepada kepentingan FVS kepada masyarakat dan cara menguasainya melalui Platfom Drawzania.

Penulisan ini dibuat berdasarkan kepada pengamatan, kajian ringkas penulis tentang komunikasi visual berkaitan lakaran. Penulis sekadar memberi cadangan dan fakta yang dirasa penting untuk membantu masyarakat untuk maju.

Saya tidak boleh mengubah nasib seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat. Saya hanya insan kerdil yang sedang berusaha memberitahu masyarakat bahawa FVS adalah salah satu kunci terpenting ‘Masyarakat Pencipta’. Semoga dengan usaha ini, kita akan bersama-sama mendapat manfaat yang berlipat ganda dan diberkati olehNya.

Dr.Ruzaimi Mat Rani
MCO
18 Mac – 28 April 2020

Email: iamarealleader@gmail.com

Read more

You May Also Like