Unduh Envision APK untuk Android - Gratis - Versi Terbaru

qr

Versi Terbaru

NamaEnvision AI APK
Versi1.8.7 (1480733)
Diupdate15 Sep 2021
DeveloperEnvision Technologies BV
IDcom.letsenvision.envisionai
Instal100.000+
KategoriAplikasi, Produktivitas

Aplikasi Envision

Aplikasi Envision, aplikasi pengecaman teks terbaik di luar sana

Envision ialah aplikasi OCR yang terpantas, paling dipercayai dan telah memenangi anugerah yang menyuarakan dunia visual, membantu orang buta dan cacat penglihatan untuk meneruskan kehidupan dengan berdikari.

Envision dibangunkan untuk dan juga oleh komuniti cacat penglihatan. Aplikasi ini sangat senang, memudahkan kerja dan memberikan bantuan serta pengalaman terbaik untuk pengguna yang kurang penglihatan dan buta.

Hanya menggunakan kamera telefon anda untuk mengimbas sebarang teks, persekitaran, objek, orang atau produk dan segalanya akan dibaca untuk anda oleh kepintaran buatan (AI) dan Pengecaman Aksara Optikal (OCR) Envision.
_____________________
Apa pendapat pengguna Envision tentang aplikasi ini:

“Pengecaman teks yang mudah. Pengecaman teks yang cemerlang. Bagus untuk berdikari. Penggunaan yang senang dan tersusun” - Noahis dari Australia

“Menakjubkan. Saya sangat menyukainya. Saya adalah pengguna yang buta dan suka menggunakannya kerana sangat mudah. Memang menakjubkan!!!!” - Matt dari Canada
___________________
Dengan sokongan perbincangan semula, Envision membolehkan anda untuk:

Membaca semua jenis teks:
• Membaca sebarang teks dalam lebih daripada 60 bahasa dengan segera.
• Mengimbas kertas dokumen (satu atau beberapa mukasurat) anda dengan bantuan pengesanan berpandukan audio. Semua kandungan berbicara semula dengan anda dan sedia untuk dieksport dan edit.
• Import PDF dan gambar untuk mendapatkan penerangan tentang gambar dan pengecaman semua teks didalamnya.
• Membaca poskad, surat, senarai dan kertas kerja yang bertulis tangan dengan segera.

Mengetahui apa di sekitar anda:
• Menerangkan gambaran pemandangan di sekeliling anda dengan mudah.
• Mengesan warna pakaian, dinding, buku dan apa-apa sahaja.
• Mengimbas kod bar untuk mendapatkan maklumat lanjutan produk tersebut dengan pantas.

Temui apa yang anda cari:
• Cari orang di sekeliling anda; nama ahli keluarga dan kawan-kawan anda akan disuarakan jika mereka berada dalam bingkai.
• Cari objek di sekeliling anda; memilih objek biasa daripada senarai dalam aplikasi untuk menemuinya.

Kongsi:
• Kongsi gambar atau dokumen daripada telefon atau aplikasi lain seperti Twitter atau WhatsApp dengan memilih Envision daripada lembaran kongsi. Envision boleh membaca dan menerangkan gambar tersebut kepada anda.
_____________________
Maklum balas, soalan-soalan atau permintaan istimewa?

Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi maklum balas berkenaan aplikasi Envision untuk penambahbaikan.

Sila emel kami di support@LetsEnvision.com.
___________________
Pelan langganan:

Memasang Envision adalah percuma dengan percubaan percuma selama 14 hari dan membolehkan anda untuk menggunakan semua ciri-ciri dalam aplikasi tersebut. Dengan percubaan percuma, kami mahu anda melihat apa yang aplikasi ini boleh lakukan untuk anda!

Pada akhir percubaan percuma ini, anda boleh membuat keputusan langganan yang mana sesuai untuk anda. Perlangganan Envision membolehkan kami untuk terus melabur masa dan tenaga bagi mengekalkan dan meningkatkan aplikasi ini, membaiki sebarang isu remeh, menghidupkan lampu di pejabat kami dan memastikan serigala jauh daripadan pintu!

Kami akan memberi maklumat terkini kepada anda tentang apa yang kami lakukan.

Bayaran akan dicaj pada Akaun iTunes anda di pengesahan ketika pembelian. Nota: Semua Pelan Langganan akan diperbaharui secara automatik melainkan pembaharuan auto ditutup sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh semasa. Pembaharuan automatik boleh ditutup di Tetapan Akaun iTunes anda selepas membuat pembelian. Akaun akan dicaj untuk pembaharuan dalam masa 24 jam sebelum tempoh semasa berakhir. Sebarang bahagian yang tidak digunakan daripada tempoh percubaan percuma, jika ada ditawarkan, akan terbatal apabila pengguna membuat pembelian langganan dengan penerbitan, jika berkenaan.

Sila baca Terma Penggunaan & Polisi Privasi kami: https://www.LetsEnvision.com/terms
Baca selengkapnya