Klinik Kesihatan APP
Aplikasi ini dicipta bagi mempermudahkan Rakyat Malaysia untuk mencari Klinik Kesihatan Kerajaan yang terdekat dengan mereka tidak kira di mana juga mereka berada dalam Malaysia.
Ciri-ciri aplikasi ini adalah seperti berikut:
- Cari Klinik Kesihatan Kerajaan yang terdekat dalam bentuk senarai.
- Cari Klinik Kesihatan Kerajaan yang terdekat dalam bentuk peta.
- Lihat maklumat seperti alamat, no telefon dan juga jarak dengan pengguna.
- Hubungi Klinik Kesihatan Kerajaan yang terdekat.
- Navigasi terus ke Klinik Kesihatan dengan menggunakan Waze atau Maps.
Sumber data yang digunakan oleh aplikasi ini adalah daripada Dataset Terbuka MAMPU yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang ralat dalam data yang telah diberikan, mohon hubungi kami bagi pembetulan.
Aplikasi ini menggunakan iklan banner bagi menampung kos pembangunan dan juga API bulanan daripada Google.
Semoga aplikasi ini bermanfaat kepada semua Rakyat Malaysia dan dapat mempermudahkan urusan harian mereka.