Tidak ramai orang mendapat kejayaan dengan tiba-tiba

Tidak ramai orang mendapat kejayaan dengan tiba-tiba. Ramai yang bermula dari bawah dengan cara yang sangat sederhana, malah ada antaranya bermula dengan keadaan yang sangat daif. Penulis buku inisendiri bermula dengan hanya pandai membaca dan menulis, malah tidak pun tamat peringkat sekolah menengah. Jauh sekali dari memiliki segulung diploma atau ijazah. Tanpa ada kemahiran atau wang yangbanyak, itulah permulaan penulis ini.Pada satu peringkat dalam hidup penulis ini, satu soalan mula ditanya iaitu, “Mengapa sesetengah orang lebih berjaya dari orang lain?” Pencarian jawapan kepada soalan yang ditanya itu telahmengubah hidup penulis.
Penulis telah membaca beratus-ratus buku dan rencana tentang kejayaan dan pencapaian. Didapati, jawapan kepada persoalan yang ditanya tadi telah ditulis dan dibincang lebih dari 2,000 ribu tahunlagi. Bermacam sebab dan cara telah ditunjukkan untuk kita kutip dan amalkan.Satu daripada sebab yang dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah, pakar dan guru adalah pentingnya sifat disiplin diri. Disiplin diri merupakan satu perkara yang mesti ada untuk menahan diri darimembuat alasan. Disiplin diri adalah kunci kepada pintu keluar dari gelembung ‘nanti’ yang memerangkap kita. Ianya bukan sahaja kunci kepada pintu keluar, malah merupakan kunci kepada kehidupan yanglebih baik dan pembawa kejayaan. Tanpanya, tiada kejayaan akan dapat dicapai. Jika tercapai pun, tidak akan kekal lama.Pembentukan peribadi dengan disiplin diri telah mengubah hidup penulis dan ianya boleh mengubah hidup pembaca yang budiman juga. Penulis berterusan mencabar diri untuk mencapai sesuatu telahmembawa kepada kejayaan di dalam bidang jualan dan pengurusan. Penulis telah menyambung pelajaran dalam umurnya sekitar 30an sehingga berjaya mendapat ijazah. Banyak masa dan pengorbanan telah dibuatuntuk mencapai impian itu. Semuanya dengan disiplin diri. Penulis juga telah mengimport kenderaan Suzuki yang pertama ke Kanada, membuka 65 pusat pengedar dan menjual kenderaan bernilai $25 jutadollar. Itu juga telah dimulakan tanpa ada apa-apa asas mahupun pengetahuan tentang industri permotoran. Penulis melakukan semua itu dengan disiplin diri dan keazaman untuk belajar apa yang harusdiketahui. Kemudiannya, menggunakan apa yang dipelajari apabila perlu pada masa yang sesuai.Penulis juga menceburkan diri dalam bidang pembangunan hartanah tanpa ada apa-apa pengetahuan dan pengalaman. Berbekalkan disiplin diri untuk belajar dan bekerja keras, penulis telah berjayamembina pusat membeli-belah, taman industri, bangunan pejabat dan taman-taman kediaman.Dengan disiplin diri juga, penulis telah membuka pusat latihan, pejabat jururunding, menjadi penceramah, penulis, membuat rakaman dan pengedaran. Buku-buku, buku audio, video, seminar dan programlatihan penulis telah terjual lebih $500 juta dalam 36 bahasa di 50 buah negara. Kesemuanya itu diiringi dengan disiplin diri yang tinggi bagi menjamin kejayaan setiap satunya.Penulis mendapati bahawa kita boleh mencapai apa sahaja matlamat yang kita tetapkan jika kekal berpegang pada disiplin diri. Terus buat perkara yang harus dibuat dan tidak berputus asa denganmudahnya.
Tags: Free download Tiada Alasan Jilid 2 1.0 apk app latest version for android
... Read more

Latest Version

Packagecom.motivation.tiadaalasanj2
Version1.0
UpdatedN/A
Installs N/A
qr-code

Download with APK Downloader

Download APK with more options for Tiada Alasan Jilid 2:

  • CPU: armeabi-v7a, arm64-v8a, x86, x86_64
  • Android TV, Tablet, ...
  • Android: 4.4, 5.0, 6.0, 7.0, 8.0, 9.0, ...
See more » See more » See more »